Tuesday, October 1, 2013

Tanda Awal Hamil Minggu Pertama

TANDA AWAL HAMIL MINGGU PERTAMA


            Tanda Awal Hamil minggu pertama merupakan suatu perkara yang pasti akan menggembirakan bagi semua pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga. Apatah lagi bagi mereka yang baru berkahwin inilah perkara yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka. Bagi wanita yang pertama kali hamil, sudah pasti mereka tidak mengetahui tanda-tanda kehamilan sehinggalah mereka diperiksa oleh doktor. Berikut merupakan tanda-tanda kehamilan pada minggu pertama yang boleh menjadi rujukan mereka sebelum mendapatkan pemeriksaan doktor.


1.      Payudara mula membengkak

Salah satu tanda awal hamil minggu pertama adalah payudara menjadi sensitif, membengkak dan disertai sedikit rasa sakit. Selain itu, payudara juga merasa seperti penuh dan lebih berat. Pada dua minggu pertama kehamilan, payudara mula membesar dan berubah sebagai persiapan untuk menghasilkan susu. Hal ini disebabkan kerana peningkatan kadar hormon dalam tubuh. Rasa sakit yang dialami sama seperti saat anda mengalami pra-menstruasi. Keadaan payudara juga berubah menjadi semakin lembut dan puting susu juga mengalami pembesaran serta warnanya menjadi semakin gelap. Namun rasa tidak selesa ini merupakan sakit yang bertahap dan akan hilang beberapa minggu selepas itu kerana ketika itu, tubuh badan telah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang terjadi.
 

2.      Letih

Rasa penat dan letih sepanjang hari. Belum diketahui apa penyebabnya, namun kemungkinan rasa letih ini disebabkan keranan peningkatan kadar hormon progesteron. Pada minggu-minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan aktif ddan hormon akan menghasilkan lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada kandungan anda. Untuk mengawal peningkatan darah ini, jantung akan mengepam dengan lebih pantas. Ditambah dengan hormon progesteron yang merupakan tekanan semulajadi bagi sistem saraf pusat sehinggalah jumlah hormon yang banyak akan menyebabkan keadaan yang mengantuk. Pada peringkat kedua, biasanya anda akan merasa lebih bertenaga walaupun biasanya rasa penat ini akan datang semula pada waktu akhir kehamilan. Hal ini disebabkan kerana anda membawa beban badan yang cukup berat dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kehamilan sehingga tidak dapat tidur dengan nyenyak pada malam hari.

 

3.      Pendarahan

Ada wanita yang akan mengalami pendarahan vagina dan keadaan ini berlaku sekitar 11 atau 12 hari sebelum anda sepatutnya didatangi haid. Pendarahan ini biasanya sangat ringan iaitu nampak seperti merah muda atau merah kecoklatan dan hanya berlaku selama satu atau dua hari sahaja. Pendarahan ini berlaku kerana adanya proses perlekatan bakal janin ke dinding rahim sehingga menyebabkan sedikit kehamilan. Sebahagian daripada wanita hamil akan merasa perut mereka kram semasa proses ini berlaku. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya pendarahan ini disertai bersama rasa sakit.

 

4.      Keputihan dan lendir

Selain berlaku sedikit pendarahan, kadang-kala ada juga lendir pekat berwarna keputihan yang keluar daripada vagina. Anda tidak perlu risau kerana keputihan semasa kehamilan ini adalah normal dan tidak memerlukan rawatan mahupun ubat. Anda hanya perlu berwaspada apabila keputihan tersebut berbau dan disertai rasa gatal ditambah dengan perubahan warna. Jika perkara ini berlaku, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana keputihan ini mungkin disebabkan oleh infeksi atau kuman.

 

5.      Mual dan muntah

Ada segelintir wanita yang akan mengalami alahan atau dipanggil morning sickness sekitar sebulan selepas anda lewat didatangi haid. Mereka akan merasa mual yang tidak hanya dialami pada waktu pagi tetapi turut dialami pada waktu malam. Namun, ada juga wanita yang beruntung kerana tidak mengalami alahan ini. Sebahagian wanita yang mengalami rasa mual ini akan mula menghilang selepas memasuki peringkat kedua. Namun ada juga wanita yang mengalami keadaan ini untuk jangka masa yang lama dan mudah merasa mual. Hal ini berlaku kerana peningkatan drastik kadar esterogen yang dihasilkan oleh plasenta dan janin. Hormon ini menyebabkan pengosongan usus berjalan lebih lambat dan boleh menyebabkan terjadinya masalah ini.

 

6.      Sensitif terhadap bau-bauan

Pada saat awal kehamilan, para wanita ini akan mula rasa terganggu dengan bau-bauan yang ada di sekitar mereka. Mereka akan berasa mual dengan bau kopi mahupun bau masakan. Keadaan ini tidak diketahui puncanya. Namun mungkin disebabkan kerana peningkatan hormon estrogen dalam tubuh mereka. Kadang kala, makanan yang menjadi kegemaran mereka turut membuatkan mereka merasa mual dan muntah. Daging, produk tenusu dan makanan yang berbumbu tajam adalah antara makanan yang paling tidak digemari oleh wanita yang sedang hamil.

 

7.      Kerap kencing

Apabila anda hamil, anda akan kerap terasa mahu buang air kecil. Hal ini disebabkan kerana selama kehamilan jumlah darah dan cairan lainnya dalam tubuh akan meningkat. Ini menyebabkan adanya lebihan cairan yang diproses oleh ginjal dan berakhir di saluran pundi kencing. Hal ini biasanya terjadi pada enam minggu pertama kehamilan dan akan semakin kerap pada akhir kehamilan kerana kandungan anda semakin membesar sehingga menekan pundi kencing anda.

 

8.      Lewat kedatangan haid

Jika kitaran haid anda biasanya teratur dan tiba-tiba anda tidak didatangi haid pada waktunya, mungkin inilah masa untuk anda melakukan ujian kehamilan. Namun, jika sememangnya kitaran haid anda tidak teratur, maka gejala mual dan muntah serta bengkak payudara boleh menjadi ukurannya.

 

9.      Mengidam

Mengidamkan sesuatu makanan tertentu juga merupakan salah satu tanda. Keinginan untuk makan makanan tertentu ini diakibatkan oleh perubahan hormon. Ibu hamil biasanya mengalami perubahan selera makan, terutamanya pada peringkat awal kehamilan di mana ketika itu perubahan hormon masih lagi aktif dan pantas. Para wanita yang hamil kebanyakannya terasa untuk memakan makanan yang masam seperti mangga dan jambu. Mengidam ini bukan sahaja berlangsung pada minggu pertama sahaja tetapi berlanjutan sehingga sembilan bulan.

 

10.  Sakit kepala

Bila anda hamil, anda mungkin akan berasa terganggu dengan mengalami sakit kepala ringan. Pada masa awal kehamilan, sakit kepala mungkin disebabkan oleh peningkatan kitaran darah yang disebabkan juga oleh perubahan hormon dalam tubuh badan.

 

11.  Sembelit

Sembelit atau susah buang air besar adalah salah satu tanda awal kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan diproses dengan lambat sehinggan makanan lebih lambat masuk ke dalam saluran pencernaan dan seterusnya menyebabkan berlakunya sembelit.

 

12.  Suhu badan meningkat

Suhu tubuh badan anda adalah suhu yang diambil secara normal pada saat anda baru bangu tidur di pagi hari. Suhu ini akan sedikit meningkat selepas masa ovulasi dan kekal pada tahap tersebut sehingga anda mendapat haid berikutnya. Apabila anda sering mengambil catatan suhu tubuh anda dan suhu tersebut meningkat selama lebihg dua minggu, itu bererti anda mungkin mengalami kehamilan.

 

13.  Mengantuk dan moody

Mengantuk dan moody juga merupakan tanda-tanda atau ciri-ciri wanita yang hamil pada minggu pertama. Selain mudah lelah, mereka akan merasa sangat moody dan mudah tersinggung. Anda juga menjadi sering mengantuk kerana perubahan hormon dan anda perlulah beristirehat secukupnya.

 

14.  Gelisah dan stres

Bagi orang yang baru hamil selama seminggu dua, tanda-tanda yang boleh anda rasakan adalah perasaan anda yang sentiasa merasa gelisah. Kegelisahan yang anda alami akan menyebabkan anda stres. Ada segelintir wanita yang boleh mengalami kemurungan disebabkan hal ini.

 

15.  Peningkatan penghasilan air ludah

Kerana perubahan hormon estrogen, biasanya pada peringkat awal kehamilan, anda akan mengalami peningkatan penghasilan air ludah. Keadaan ini akan berlanjutan sehingga memasuki peringkat kedua kehamilan.

 

16.  Perut kembung

Perubahan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan perut anda kembung sama seperti semasa anda didatangi haid.

 

17.  Pengsan

Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan anda. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan anda bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan makanan yang sihat dan secukupnya boleh mengelakkan berlakunya pengsan.

 

18.  Sakit punggung

Sakit punggung yang dirasakan saat kehamilan adalah disebabkan beberapa ligament di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama tempoh kehamilan.

 

19.  Pening

Pening boleh menjadi salah satu tanda kehamilan pada minggu awal kerana saat ini janin mula muncul dalam rahim anda dan akan berlaku banyak perubahan hormon. Perubahan-perubahan tersebut akan menyebabkan ibu yang hamil akan sering merasa pening.

 

20.  Sesak nafas

Ada dalam kalangan ibu hamil ini yang mengalami sesak nafas. Hal ini kerana saat hamil, oksigen diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan janin. Pertumbuhan janin juga kerap menyebabkan tekanan pada paru-paru sehingga mengakibatkan kesukaran untuk bernafas.