TANDA AWAL HAMIL MINGGU
PERTAMA
Tanda Awal Hamil minggu pertama merupakan suatu perkara yang
pasti akan menggembirakan bagi semua pasangan suami isteri yang telah
mendirikan rumah tangga. Apatah lagi bagi mereka yang baru berkahwin inilah
perkara yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka. Bagi wanita yang pertama kali
hamil, sudah pasti mereka tidak mengetahui tanda-tanda kehamilan sehinggalah
mereka diperiksa oleh doktor. Berikut merupakan tanda-tanda kehamilan pada
minggu pertama yang boleh menjadi rujukan mereka sebelum mendapatkan
pemeriksaan doktor.
1. Payudara
mula membengkak
Salah
satu tanda awal hamil minggu pertama adalah payudara menjadi sensitif, membengkak dan
disertai sedikit rasa sakit. Selain itu, payudara juga merasa seperti penuh dan
lebih berat. Pada dua minggu pertama kehamilan, payudara mula membesar dan
berubah sebagai persiapan untuk menghasilkan susu. Hal ini disebabkan kerana
peningkatan kadar hormon dalam tubuh. Rasa sakit yang dialami sama seperti saat
anda mengalami pra-menstruasi. Keadaan payudara juga berubah menjadi semakin
lembut dan puting susu juga mengalami pembesaran serta warnanya menjadi semakin
gelap. Namun rasa tidak selesa ini merupakan sakit yang bertahap dan akan
hilang beberapa minggu selepas itu kerana ketika itu, tubuh badan telah dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang terjadi.
2. Letih
Rasa
penat dan letih sepanjang hari. Belum diketahui apa penyebabnya, namun
kemungkinan rasa letih ini disebabkan keranan peningkatan kadar hormon
progesteron. Pada minggu-minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan
aktif ddan hormon akan menghasilkan lebih banyak darah untuk membawa nutrisi
kepada kandungan anda. Untuk mengawal peningkatan darah ini, jantung akan
mengepam dengan lebih pantas. Ditambah dengan hormon progesteron yang merupakan
tekanan semulajadi bagi sistem saraf pusat sehinggalah jumlah hormon yang
banyak akan menyebabkan keadaan yang mengantuk. Pada peringkat kedua, biasanya
anda akan merasa lebih bertenaga walaupun biasanya rasa penat ini akan datang
semula pada waktu akhir kehamilan. Hal ini disebabkan kerana anda membawa beban
badan yang cukup berat dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kehamilan
sehingga tidak dapat tidur dengan nyenyak pada malam hari.
3. Pendarahan
Ada
wanita yang akan mengalami pendarahan vagina dan keadaan ini berlaku sekitar 11
atau 12 hari sebelum anda sepatutnya didatangi haid. Pendarahan ini biasanya
sangat ringan iaitu nampak seperti merah muda atau merah kecoklatan dan hanya
berlaku selama satu atau dua hari sahaja. Pendarahan ini berlaku kerana adanya
proses perlekatan bakal janin ke dinding rahim sehingga menyebabkan sedikit
kehamilan. Sebahagian daripada wanita hamil akan merasa perut mereka kram
semasa proses ini berlaku. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya
pendarahan ini disertai bersama rasa sakit.
4. Keputihan
dan lendir
Selain
berlaku sedikit pendarahan, kadang-kala ada juga lendir pekat berwarna
keputihan yang keluar daripada vagina. Anda tidak perlu risau kerana keputihan
semasa kehamilan ini adalah normal dan tidak memerlukan rawatan mahupun ubat.
Anda hanya perlu berwaspada apabila keputihan tersebut berbau dan disertai rasa
gatal ditambah dengan perubahan warna. Jika perkara ini berlaku, segeralah
berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana keputihan ini mungkin
disebabkan oleh infeksi atau kuman.
5. Mual
dan muntah
Ada
segelintir wanita yang akan mengalami alahan atau dipanggil morning sickness
sekitar sebulan selepas anda lewat didatangi haid. Mereka akan merasa mual yang
tidak hanya dialami pada waktu pagi tetapi turut dialami pada waktu malam.
Namun, ada juga wanita yang beruntung kerana tidak mengalami alahan ini.
Sebahagian wanita yang mengalami rasa mual ini akan mula menghilang selepas
memasuki peringkat kedua. Namun ada juga wanita yang mengalami keadaan ini
untuk jangka masa yang lama dan mudah merasa mual. Hal ini berlaku kerana
peningkatan drastik kadar esterogen yang dihasilkan oleh plasenta dan janin.
Hormon ini menyebabkan pengosongan usus berjalan lebih lambat dan boleh
menyebabkan terjadinya masalah ini.
6. Sensitif
terhadap bau-bauan
Pada
saat awal kehamilan, para wanita ini akan mula rasa terganggu dengan bau-bauan
yang ada di sekitar mereka. Mereka akan berasa mual dengan bau kopi mahupun bau
masakan. Keadaan ini tidak diketahui puncanya. Namun mungkin disebabkan kerana
peningkatan hormon estrogen dalam tubuh mereka. Kadang kala, makanan yang
menjadi kegemaran mereka turut membuatkan mereka merasa mual dan muntah.
Daging, produk tenusu dan makanan yang berbumbu tajam adalah antara makanan
yang paling tidak digemari oleh wanita yang sedang hamil.
7. Kerap
kencing
Apabila
anda hamil, anda akan kerap terasa mahu buang air kecil. Hal ini disebabkan
kerana selama kehamilan jumlah darah dan cairan lainnya dalam tubuh akan
meningkat. Ini menyebabkan adanya lebihan cairan yang diproses oleh ginjal dan
berakhir di saluran pundi kencing. Hal ini biasanya terjadi pada enam minggu
pertama kehamilan dan akan semakin kerap pada akhir kehamilan kerana kandungan
anda semakin membesar sehingga menekan pundi kencing anda.
8. Lewat
kedatangan haid
Jika
kitaran haid anda biasanya teratur dan tiba-tiba anda tidak didatangi haid pada
waktunya, mungkin inilah masa untuk anda melakukan ujian kehamilan. Namun, jika
sememangnya kitaran haid anda tidak teratur, maka gejala mual dan muntah serta
bengkak payudara boleh menjadi ukurannya.
9. Mengidam
Mengidamkan
sesuatu makanan tertentu juga merupakan salah satu tanda. Keinginan untuk makan
makanan tertentu ini diakibatkan oleh perubahan hormon. Ibu hamil biasanya
mengalami perubahan selera makan, terutamanya pada peringkat awal kehamilan di
mana ketika itu perubahan hormon masih lagi aktif dan pantas. Para wanita yang
hamil kebanyakannya terasa untuk memakan makanan yang masam seperti mangga dan
jambu. Mengidam ini bukan sahaja berlangsung pada minggu pertama sahaja tetapi
berlanjutan sehingga sembilan bulan.
10. Sakit
kepala
Bila
anda hamil, anda mungkin akan berasa terganggu dengan mengalami sakit kepala
ringan. Pada masa awal kehamilan, sakit kepala mungkin disebabkan oleh
peningkatan kitaran darah yang disebabkan juga oleh perubahan hormon dalam
tubuh badan.
11. Sembelit
Sembelit
atau susah buang air besar adalah salah satu tanda awal kehamilan. Peningkatan
jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan diproses dengan lambat
sehinggan makanan lebih lambat masuk ke dalam saluran pencernaan dan seterusnya
menyebabkan berlakunya sembelit.
12. Suhu
badan meningkat
Suhu
tubuh badan anda adalah suhu yang diambil secara normal pada saat anda baru
bangu tidur di pagi hari. Suhu ini akan sedikit meningkat selepas masa ovulasi
dan kekal pada tahap tersebut sehingga anda mendapat haid berikutnya. Apabila
anda sering mengambil catatan suhu tubuh anda dan suhu tersebut meningkat
selama lebihg dua minggu, itu bererti anda mungkin mengalami kehamilan.
13. Mengantuk
dan moody
Mengantuk
dan moody juga merupakan tanda-tanda atau ciri-ciri wanita yang hamil pada
minggu pertama. Selain mudah lelah, mereka akan merasa sangat moody dan mudah
tersinggung. Anda juga menjadi sering mengantuk kerana perubahan hormon dan
anda perlulah beristirehat secukupnya.
14. Gelisah
dan stres
Bagi
orang yang baru hamil selama seminggu dua, tanda-tanda yang boleh anda rasakan adalah
perasaan anda yang sentiasa merasa gelisah. Kegelisahan yang anda alami akan
menyebabkan anda stres. Ada segelintir wanita yang boleh mengalami kemurungan
disebabkan hal ini.
15. Peningkatan
penghasilan air ludah
Kerana
perubahan hormon estrogen, biasanya pada peringkat awal kehamilan, anda akan
mengalami peningkatan penghasilan air ludah. Keadaan ini akan berlanjutan
sehingga memasuki peringkat kedua kehamilan.
16. Perut
kembung
Perubahan
hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan perut anda kembung sama seperti
semasa anda didatangi haid.
17. Pengsan
Gejala
ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan anda. Anda dinasihatkan menjaga
pemakanan anda bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan makanan yang
sihat dan secukupnya boleh mengelakkan berlakunya pengsan.
18. Sakit
punggung
Sakit
punggung yang dirasakan saat kehamilan adalah disebabkan beberapa ligament di
punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan
anda bertambah dan selama tempoh kehamilan.
19. Pening
Pening
boleh menjadi salah satu tanda kehamilan pada minggu awal kerana saat ini janin
mula muncul dalam rahim anda dan akan berlaku banyak perubahan hormon.
Perubahan-perubahan tersebut akan menyebabkan ibu yang hamil akan sering merasa
pening.
20. Sesak
nafas
Ada dalam kalangan
ibu hamil ini yang mengalami sesak nafas. Hal ini kerana saat hamil, oksigen
diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan janin. Pertumbuhan janin juga
kerap menyebabkan tekanan pada paru-paru sehingga mengakibatkan kesukaran untuk
bernafas.